Wednesday, April 8, 2009 ; 1:43 PMY
& We gotta love rock
Dalam suatu ungkapan ada dikatakan, bahawa dunia ini adalah penjara bagi orang-orang yang beriman, dan syurga bagi orang-orang kafir.
Ketika menjelaskan ungkapan tersebut, Abu Lais berkata : Bagi orang mukmin meskipun adakalanya ia hidup dalam keadaan mewah dan penuh kenikmatan di dunia ini, akan tetapi jika dibandingkan dengan nikmat yang disediakan untuknya di syurga, maka seolah-olah ia berada dalam penjara, sebab jika seseorang mati dan diperlihatkan kepadanya tentang syurga dan kemuliaan yang ada di dalamnya, ia sedar bahawa selama ia hidup di dunia seolah-olah ia berada dalam penjara.
Sedangkan orang-orang kafir, jika ia mati dan diperlihatkan kepadanya hukuman dalam neraka, maka ia rasa bahawa ia tadinya berada dalam syurga. Kerana itu seorang yang berakal tidak akan merasa gembira dalam penjara.
Jadi jika kita telah memahami dan mengerti, bahawa dunia adalah tempat cubaan serta penuh dengan kesusahan, maka tidak sepatutnya seseorang itu harus berputus asa dan mengeluh jika ada musiba yang menimpa dirinya.
Labels: note